Pada 15 Jan 2012 bertempat di sekolah menengah teknik perdagangan Johor Bahru Alhamdulilah satu lagi kejayaan di miliki oleh JOHOR TNFC yang mana memenangi perlawanan bola sepak persahabatan dengan RHB JOHOR BAHRU dengan kepuusan 2 berbalas 0.Jaringan gol dijaringkan oleh penyerang JOHOR TNFC En Azmi bin Balduri panalti pada minit ke 60 dan jaringan dengan jarak jauh pada minit ke 80.Pada mulanya perlawanan agak sukar kerana banteng pasukan JOHOR TNFC yang agak goyah disebabkan dua pemian En Zulkifli dan En Atan tidak dapat diturunkan kerana faktor kesihatan yang kurang baik.Namun dengan adanya semangat juang dan setia kawan yang ada pada semua pemain JOHOR TNFC menempah kemenangan.Tahniah kami ucapkan.Jutaan Terima Kasih kepada En Victor yang sudi hadir bagi melihat pasukan JOHOR TNFC bermain dengan penuh jayanya.setakat ini En Victor berpuas hati dengan semangat yang mereka ada untuk mencari kemenangan.semoga semakin banyak peningkatan yang ditunjukkan demi sukan bola sepak JOHOR TNFC..
No comments:
Post a Comment